Wednesday, April 1, 2009

Isu BBA..

Wednesday, April 1, 2009
Bank Islam: Kontrak Bai Bithaman Ajil Sah

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pelanggan Bank Islam Malaysia Bhd dan orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bahawa kontrak Bai Bithaman Ajil (BBA) adalah sah dan terikat.

Ini susulan daripada keputusan sebulat suara hakim Mahkamah Rayuan semalam semasa prosiding yang melibatkan Bank Islam.

Keputusan itu mengesahkan amalan bank tersebut berkaitan dengan kontrak BBA adalah mematuhi Syariah dan sah, kata Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut bank tersebut, Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa kontrak BBA adalah urus niaga jualan dan justeru itu tidak boleh dibandingkan dengan urus niaga pinjaman.

Kontrak BBA bermakna "jualan pembayaran tertangguh". Ia merupakan kaedah pembiayaan Islam yang digunakan bagi hartanah dan kenderaan serta pembiayaan bagi barangan pengguna lain.

-- BERNAMA

Kami menyediakan langganan

0 comments:

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates