Tuesday, March 31, 2009

My StoWie..

Tuesday, March 31, 2009
salam kengkawan..
macam nak cerita plak somting yang peribadi....

mesti korang pelik kan kenapa aku masih tak mau kerja..padahal kerja berlambak pun...takper ar..hanya owang2 yang paling dekat dan paling aku percaya jak yang tahu..so sapa yang tahu tue adalah dikalangan ownag yang paling aku percaya...mcam laen jak kan...<<
nak ceta nei sal..sahabat..apa tue sahabat..
bagi adik2 junior pasnei akan berpisah udah..takkan ada lagi apa2 pasnei..kegembiraan campus memang takkan berulang lagie...so gunakan masa tue sepenuhnya....

aku adalah owang yang tak terkecuali dengan perpisahan itu..dan aku juga lah diantara owang yang masih tak puas merasakan kehidupan kampus....masa dalam kampus rasa macam muda jak...tapi kalo dah kuar..Opss upanya aku dah dikira owang dewasa..tapi tak matang2 lagi pun..
aku masih indukan sahabat2 ku yang masih study..ciann dowang masuk sama2 gan aku tapi aku yang abes dulu..so tunggu dowang lah..lagi pun best apa hidup dalam kampus.....

disebabkan aku masih lagi tak puas ngan kehidupan kampus...so aku datang lagi lah...ala sekejap jak pun..aku kena korbankan masa selama 6 bulan jak...pastue teda udah kan..so apa salahnya korbankan 6 bulan tuk my frensz..pastue seterusnya for me and my family..kira berbaloi juak lah..cuma BODOH ckit lah..apa leh wat..dah aku jenis cam tue..nak awat camana lagi kan...

so pasnei adik2 junior gunalah masa tue sepenuhnya..wat menda yang tak dapat dilupakan..cuma jgn tido bersama lah..laki2 dan pompuan..bahaya..<<<<>>>>

apa2 pun Gud Luck for Final Exam To All MY Junior especially....Ocie,Hakita,Honey Dew,Izza,Jee,Lang and The BudDy Geng...

may AllAh BleSs U All..

Thursday, March 26, 2009

SweeT MemOry

Thursday, March 26, 2009

BraDzs

this is my life..bradzs footbal club 2008...
i really miss this moment...
just nak publish lah..nei masa kami dapat no.2 dalam piala Prof.
lawa kan juga gambar dia..


KawaN KapAl SelaManya

nei gambar kami masa FamilY day..
Indunya ngan dowang nei..apakan daya..
life must Go On..
best gak lah masa ini..


Performance Dinner NiGht

this masa kitaowang wat performance masa dinner Glitter Night...
masa nei kita nyanyi lagu :
Biarku Menjadi Lilin
Bila Aku Sudah Tiada
Pagii yang Gelap..

memang macam artis lah juga..

JOHAN Kuiz Bina BangsA..

nei kita take picture masa kita owang Bradzs johan kuizs bina bangsa..
mantap lah kami..boleh johan tue..ndak percaya neii..
boleh lah plak kami johan..
Nizam,Ruff,ancOi dan SaRip..



ManuKan IslaNd

nei masa g pulau manukan...wat snok keling jak...
tapi best ar masa kat ctue..banyak ikan siot...
yang bestnya aku g ngan c Amrill...
cam Gay udah kami..dia ndak pandai berenang..
so dia berpaut nagn aku jak lah..wawkakwak

semua ini dalam kenangan....
Miss.....
Love.....
ResPect...
Peace....


Friday, March 20, 2009

JalaN2 CarI MaKaN..

Friday, March 20, 2009







War Memorial ParK..

masa kat cnei..best gak..bab panas2 tue kita owang main baring2 jak...
actually first tue kita owang nak kuar makan jak,..tapi abes jak pas makan tue..
kita owang nak balik lah..gara2 c DIN nak dengar lagu "penghujung Rindu" so kita owang planning round2 Labuan ckit..
then masa kat cnei nei..dowang sempat gak lah erkongsi pasal sejarah pendudukan jepun di tanah melayu..hebat gak dowang nei...siap boleh discuss lagie..


ChimNey..

masa kat cnei..kita owang seekejap jak..just negok2 pastue cau..
tapi best gak main kat TV depan tv..boleh Zoom satu labuan tue..so kita pun g Zoom bangunan UMSKAL yang tercinta nei,...nampak gak lah..tapi kepala dia jak..wakwakwka

LubuK Temiang...

masa kat cnei seram ckit..kita owang masuk jer redah hutan tue...kawasan nei macam tak kena jaga udah...seram tue masuk ke dalam..dah lah kawan2 sumanya cibai punya mulut..siap cakap lagi..

"Penampakan sosok tubuh arwah perempuan"
"Ada Owang Bunian Lah"

macam2 ar dowang cakap..apa lagi kita owang pun lari lah dalam hutan tue..
yang bestnya plak..kawan saya sowang nei..c DiN..dah lah kaki terseliuh..guna tongkat masuk hutan..last2 sekali lari..dia plak yang paling depan..Lucu ar..
kalo dlam ketakutan nei..suma nya jadi lancar jak erk..kaki sakit pun jadi tak sakit udah..
Din..Din...Din..

tapi kira best gak lah..jalan2 cari lagu..wakwkakwa

tapi yang kesiannya..lagu yang di cari tue tak ada juga..sampai lah kami balik ke kampus..
tapi seronok lah juga hari nei...


Sunday, March 15, 2009

KelemaHAn BBA TerunGkai...

Sunday, March 15, 2009
Kes mahkamah terbaru mengenai kontrak pembiayaan Bai Bitahamin Ajil (BBA) merupakan asas (1) bagi artikel ini. Dalam kes berkenaan, mahkamah telah membuat penghakiman di luar jangkaan dalam sejarah perbankan Islam di Malaysia – bahawa kontrak di bawah BBA untuk membiayai pembelian rumah adalah terbatal (2).

Sekurang-kurangnya di Malaysia, keputusan itu bermakna kontrak BBA kini menjadi dokumen yang boleh dibatalkan dan bank-bank Islam hanya boleh memungut jumlah pokok pembiayaan yang dibuat di bawah kontrak BBA yang dikeluarkannya. Selain itu, ia juga bermakna, semua keuntungan yang tersirat di dalam kontrak BBA adalah terhapus (3).

Namun begitu, lebih pelik lagi ialah hakikat bahawa berita mengenai penghakiman ini tidak diberi liputan oleh akhbar-akhbar kita. Barangkali dunia perbankan Islam menunggu masa dan berharap mahkamah yang lebih tinggi akan membatalkan penghakiman tersebut. Ini kerana, menurut sumber, rayuan terhadapnya telahpun dibuat.

Justeru, sebelum rayuan itu diputuskan, berita yang amat mengganggu ini ditangguhkan daripada disiarkan. Atau apakah wujud helah untuk menutup isu ini kerana perbankan Islam kini merupakan sebuah industri yang sedang pesat berkembang di seluruh dunia?

Kesan keputusan tersebut ke atas konsep BBA yang lumrah digunakan kini – dan anggap sebagai tonggak kaedah pembiayaan industri perbankan Islam – adalah jauh lebih besar dan luas daripada kesediaan kita menerimanya.

Malah bencana yang dibawanya ke atas kaedah pembiayaan yang banyak digunakan ini adalah subjek kontroversi yang timbul sejak dari mula Bank Islam (M) Bhd mula beroperasi pada 1983 lagi.

Pertama, kaedah pembiayaan ini tidak diiktiraf di bahagian-bahagian dunia lain yang mengamalkan perbankan Islam kerana mereka lebih suka menggunakan kaedah pembiayaan lain, iaitu kaedah ‘Murabahah”- yang diterima dengan meluas sebagai mekanisme ‘tokok kos’.

Kita akan melihat isu ini dari beberapa sudut.

Pertama, sebagai antara peneroka perbankan Islam, saya mahu menjelaskan kefahaman saya sendiri mengapa kami memilih kaedah pembiayaan atau terminologi ini bagi menggantikan kaedah sistem pembiayaan hutang yang diamalkan oleh bank-bank konvensional.

Kemudian saya akan meneliti BBA dari perspektif yang lebih makro, iaitu betapa tidak memadainya kerangka undang-undang yang memayungi dokumentasi BBA dalam batas-batas sebuah ekonomi kapitalis’

Kita juga akan melihat industri perbankan itu sendiri, impaknya ke atas dunia perbankan vis-à-vis bank konvensional dan apakah ertinya kepada umat Islam, terutamanya dalam mencari penyelesaian, yang bukan sahaja mematuhi Syariah, tetapi juga merupakan kaedah pelaburan yang praktikal dan sesuai dengan kerangka undang-undang sebuah masyarakat kapitalis yang menjadi persekitaran kita hari ini.

Akhirnya, saya akan mengemukakan cadangan bagi mengatasi bencana yang dihadapi oleh perbankan Islam.

Dalam sistem perbankan Islam, kaedah pembiayaan BBA dianggap sebagai kaedah pembiayaan yang boleh menggantikan ‘kaedah pembiayaan’ berdasarkan ‘pinjaman’ yang diamalkan oleh sistem perbankan konvensional.

Masih jelas pada ingatan saya hujah yang diketengahkan oleh Pengarah Urusan BIMB ketika itu, Dato Abdul Halim Ismail. Beliau memetik ayat 282 Surah Al Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, apabila kamu bermuamalah tidak secara tunai untuk tempoh yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya…”(Al-Quran: 2:282)

‘Apabila kamu bermuamalah untuk tempoh yang ditentukan’ dengan perkataan lain adalah ‘urus niaga hutang’ atau ‘jualan tertangguh’. Dalam bahasa Arab, frasa ‘urus niaga hutang’ diwakili oleh perkataan ‘dayn’. Justeru, hutang yang terhasil daripada ‘jualan’ yang tertangguh dikenali sebagai ‘dayn’, manakala hutang yang terhasil daripada hutang wang dikenali sebagai ‘qardhun’.

Beliau berpendapat, di dalam ayat inilah terletaknya penyelesaian alternatif bagi mengatasi masalah perbankan Islam kepada kaedah pembiayaan hutang sistem perbankan konvensional.

Seolah-olah ayat al-Quran ini merujuk secara langsung kepada penyelesaian ini, iaitu membenarkan ‘kaedah jualan bayaran tertangguh’ sebagai penyelesaian bagi masalah yang dihadapi!

Ini adalah hujah asas yang dikemukakan oleh dunia perbankan Islam bagi menyokong kaedah pembiayaan BBA sejak BIMB membuka pintunya kepada orang awam pada 13 Mei 1983.

Sistem perbankan Islam beroperasi di atas metodologi sistem ‘kontrak jualan bayaran tertangguh’ bagi menggantikan metodologi pembiayaan hutang sistem berasaskan faedah/riba konvensional.

Kaedah pembiayaan ini bukan sahaja merupakan antara produk utama BIMB, tetapi jiga merupakan batu asas dunia perbankan Islam. Di Malaysia sekurang-kurangnya, ini merupakan kaedah pembiayaan paling popular dan merangkumi 70% (4) daripada jumlah aset pembiayaan industri perbankan Islam.

Pada asasnya, struktur pembiayaan di bawah BBA melibatkan dua jualan yang berbeza.

Jualan pertama ialah antara pemaju atau pemilik aset dengan bank sendiri, sementara jualan kedua pula adalah antara bank dengan pembeli aset tersebut.

Melalui pembelian pertama, aset tersebut dibeli daripada pemaju atau penjual asal pada harga yang dipersetujui bank. Maka aset itu kini menjadi aset bank.

Aset ini kemudiannya dijual terus oleh bank kepada pembeli berdasarkan ‘jualan bayaran tertangguh’ tanpa apa-apa jurang masa antara jualan pertama dengan yang kedua.

Dalam rekod bank, ‘jualan bayaran tertangguh’ yang terhasil daripadanya adalah dikenali sebagai kaedah ‘pembiayaan’ oleh bank-bank Islam atas sebab dan alasan yang hanya diketahui oleh mereka.

Dalam sistem perbankan konvensional, ‘pembiayaan’ berlaku daripada ‘pinjaman’ yang dibuat bagi membeli aset oleh pembeli dan bank kemudiannya mengenakan ‘faedah’ bagi pinjaman yang diambil untuk pembiayaan tersebut.

Walau bagaimanapun, bolehkah kita menjustifikasikan apa-apa bentuk ‘pembiayaan’ yang berlaku dalam tindakan bank membeli aset melalui pembelian pertama hanya untuk menjualnya semula kepada pihak lain atas asas ‘bayaran tertangguh’?

Maksud saya, bagaimanakah aktiviti ‘pembiayaan’ boleh berlaku, sama ada daripada ‘jualan pertama’ oleh pemaju, iaitu antara bank dengan penjual/pemaju atau daripada ‘jualan kedua’ oleh bank kepada pembeli atas asas ‘bayaran tertangguh’?

Saya bersetuju dengan pendapat Yang Arif Hakim dalam kes ini ketika beliau menyimpulkan bahawa dokumen BBA hanyalah kontrak ‘jualan bayaran tertangguh’ antara bank dengan pembeli, bukannya dokumen pembiayaan.

Namun, kenapakah ia diistilahkan sebagai dokumen pembiayaan?

Untuk menjawab soalan ini, pertamanya kita harus bertanya kepada para peguam yang merupakan orang pertama yang merangka dokumen tersebut ketika kami mengemukakan BBA sebagai satu kaedah pembiayaan.

Dari sudut yang lain pula, jika sistem perbankan Islam mengkelaskan semua portfolio ‘pembiayaan’ mereka sebagai ‘kontrak jualan tertangguh’, maka urus niaga perbankan mereka dapat dibezakan daripada pesaing mereka, iaitu bank konvensional.

Maksud saya, jika bank Islam tidak menawarkan atau terlibat dalam apa-apa aktiviti ‘pembiayaan’, maka tentulah mereka sendiri seolah-olah tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti perbankan sama sekali! Ini sudah tentu mempunyai kesan yang besar, iaitu ia membuktikan betapa tidak relevannya dunia perbankan Islam vis-à-vis sistem perbankan konvensional.

Lebih jauh lagi, hatta sejak hari pertama tercetusnya idea perbankan Islam, urus niaga perbankan, seperti yang didefinisikan dalam Akta Bank dan Institusi Kewangan 1965 (Banking and Financing Act 1965) atau BAFIA adalah amat kompleks.

Kita tidak harus lupa bahawa BAFIA adalah akta asas yang menjadi sandaran Akta Bank Islam 1983 itu sendiri.

Saya mahu mengemukakan pemerhatian berikut: bahawa institusi perbankan dan kewangan adalah institusi-institusi yang unik, hatta dalam ideologi kapitalis mereka, dan berbeza daripada institusi kapitalis lain yang pernah diwujudkan.

Saya mahu menegaskan bahawa, hatta dalam masyarakat demokratik-kapitalis moden, keunikan institusi perbankan dan kewangannya terletak pada urus niaga perbankannya yang diluluskan atau dibenarkan untuk menggunakan ‘deposit orang lain’ yang diamanahkan kepada mereka untuk manfaat diri mereka sendiri!

Dengan perkataan lain, bank bukan sahaja dibenarkan menggunakan wang pendeposit untuk keperluan perniagaan mereka, iaitu penjelasan baki harian antara bank, tetapi juga dibenarkan memberi ‘pembiayaan’ menggunakan dana pendeposit yang dipegang sebagai amanah oleh mereka!

Ia secara sah boleh menggunakan dana pendeposit lain (dibenarkan oleh Akta ini) bagi memenuhi keperluan perniagaan perbankan mereka sendiri. Ini bermakna, institusi perbankan boleh menjana kredit secara dalaman daripada dana pendeposit dengan mematuhi nisbah tertentu (yang dikenali sebagai Nisbah Kecukupan Modal) yang ditetapkan oleh Bank Pusat masing-masing.

Fenomena ini dikenali sebagai ‘sistem perbankan rizab sebahagian’ di mana hanya peratusan kecil deposit kekal mudah tunai (kini kira-kira 6.75% di Malaysia).

Tertakluk kepada peraturan dan penyeliaan Bank Pusat; baki dana pendeposit bebas digunakan oleh bank untuk memberi ‘kredit’ atau ‘pinjaman’ sehingga ke paras (100/6.75) kali ganda’, iaitu kira-kira 20 kali ganda jumlah deposit sebenar di bank.

Kegiatan ‘penciptaan kredit’ ini merupakan fenomena unik isntitusi istimewa ini. Jika ini sudah merupakan keistimewaan khas yang diberikan kepada bank, maka kita harus ingat bahawa jika institusi ini gagal juga, bank pusat akan menyelamatkan mereka.

Dalam konteks ini, bukankah kita sering diberitahu bahawa deposit kita di bank dijamin oleh kerajaan? Institusi-institusi lain tidak mempunyai keistimewaan ini. Bukankah bank merupakan institusi yang unik?

Sememangnya bank diberikan kebebasan untuk menggunakan dana pendeposit dalam akaun semasa, akaun simpanan dan lain-lain. Biasanya mereka menggunakan dana ini setiap hari bagi menjelaskan kurangan dalam pembayaran cek antara bank.

Pembayaran cek ini bukan sahaja melibatkan bayaran cek pendeposit sebagai pindahan dana antara bank, tetapi sejumlah besar cek adalah kredit yang terhasil daripada pinjaman dan pembiayaan bank.

Jika ini tampak pelik, maka kini kita diberitahu bahawa dana pendeposit diinsuranskan oleh bank dengan bayaran premiumnya dikeluarkan oleh bank sendiri sehingga RM60,000 bagi setiap pendeposit.

Ironinya ialah pendeposit diberitahu melalui iklan bahawa bank amat menghargai mereka dan kerana itu diberi jaminan sekiranya berlaku serbuan-bank, maka jumlah deposit mereka dijamin sehingga sebanyak RM60,000.

Bagaimana jika deposit anda melebihi angka RM60,000? Ini bermakna tidak ada jaminan bagi jumlah selebihnya. Isu ini tidak berakhir di sini. Hakikatnya, bukankah bank itu sendiri merupakan PEMEGANG AMANAH dana pendeposit?

Bagi bank-bank Islam pula, kita tertanya-tanya sekiranya Majlis Penasihat Syariahnya diberi makluman tentang apakah ‘perniagaan perbankan’ itu sendiri. Kita juga tertanya-tanya jika urus niaga bank yang sedemikian bakal diluluskan oleh Syariah sekiranya majlis tersebut diberikan kefahaman yang mendalam tentangnya.

Bagi mereka yang arif mengenai BAFIA, ‘perniagaan perbankan’ tidaklah ditakrifkan dengan jelas oleh akta itu sendiri. Bagi memahami ‘perniagaan perbankan’ kita sebenarnya harus melihat keseluruhan aktiviti yang dilakukan oleh bank, bukan sekadar bergantung kepada takrifnya semata-mata.

Sisi-sisi licik dan penuh helah jelas tergambar bagi mereka yang dapat mengesan implikasi peraturan dan undang-undang yang bertaburan dalam seluruh amalan ‘perniagaan perbankan’, bukan sahaja dalam kaedah pembiayaan pinjamannya, tetapi juga dalam pelbagai ‘kertas-kertas bank’ yang dikeluarkan oleh urus niaga perbankan dan institusi kewangan hari ini.

Kembali kepada perbincangan awal kita tadi; walaupun sekiranya kaedah pembiayaan BBA dikemukakan sebagai bahagian penting daripada fungsi ‘penciptaan kredit’ oleh ‘perniagaan perbankan’ seperti yang digariskan oleh BAFIA itu diubah kepada kontrak ‘jualan bayaran tertangguh’, maka kita masih perlu bertanya sama ada ia mematuhi ketetapan Syariah?

Apakah Majlis Penasihat Syariah dimaklumkan tentang masalah ini, atau jika ia baru dikenal pasti, maka apakah bank-bank Islam bersedia mengemukakannya kepada majlis tersebut untuk diteliti dan diambil kelulusannya?

BAFIA atau akta senamanya, Akta Bank dan Kewangan Islam 1983, adalah kerangka undang-undang yang mesti dipatuhi. Tanpanya, keseluruhan dunia perbankan dan kewangan akan kacau bilau.

Jadi sebelum kita menyelami dunia ‘keadilan’ yang kononnya terkandung dalam BAFIA, adalah lebih baik kita meneliti BBA itu sendiri terlebih dahulu.

Jelas bahawa langkah menempatkan urus niaga perbankan Islam yang mematuhi Syariah dalam kerangka perundangan kapitalis merupakan satu bencana yang nyata.

Seperti yang disebut oleh Yang Arif Hakim dalam kes dokumentasi BBA di atas, ‘perjanjian jualan’ tidak boleh menjadi ‘perjanjian pembiayaan’. Tindakan mengahwinkan ‘pinjaman’ dengan ;perjanjian pembiayaan’ mungkin dibenarkan di bawah BAFIA, tetapi untuk menyatukan ‘perjanjian jualan’ dengan ‘perjanjian pembiayaan’ adalah tidak mungkin sama sekali.

Walaupun BAFIA menerima, membenarkan dan mengesahkan faedah/riba dalam perjanjian pembiayaan, namun ia tidak meliputi ‘untung’ yang tertanam dalam ‘perjanjian jualan’ ke dalam kerangka ‘perjanjian pembiayaan’ yang sama, walaupun jika Akta Bank Islam 1983, yang dimodelkan menurut BAFIA, digunakan kerana ia hanya menyerupai kaedah ‘pembiayaan Islam’ yang sama seperti pesaingnya.

Ini kerana ‘perjanjian jualan’, sama ada secara tunai atau bayaran tertangguh, adalah sebuah kontrak yang sempurna dan berdiri sendiri. Saya percaya bahawa Yang Arif Hakim adalah tepat dalam penghakiman dan kesimpulannya itu.

Justeru, dokumentasi BBA yang digunakan kini mestilah diperbaharui dari segi keseluruhan dokumentasinya. Akan tetapi, sebelum berbuat demikian, adalah wajar kita melihat kembali Akta Bank Islam 1983 itu sendiri.

Adalah jelas bahawa mencontohi BAFIA dan memperbaharui Akta Bank Islam 1983 menurut jalur perjanjian ‘jualan tertangguh’ mempunyai pelbagai implikasi undang-undang dan pematuhan Syariah. Selain itu, ia juga bakal melibatkan takrif ‘perniagaan perbankan’ itu sendiri.

Malah adalah wajar dunia perbankan Islam memperbaharui keseluruhan ‘perniagaan perbankan’ mereka dari sudut dimensi praktisnya, dan lebih-lebih lagi aspek pematuhan Syariahnya.

Peniagaan perbankan yang menggunakan peraturan fekah Syariah dianggap sebagai esoterik, bid’ah atau rekaan zaman moden. Ulama kini bebas untuk menggunakan ijmak ulama atau ijtihad bagi membenarkan idea inovatif itu kerana ia sememangnya dibenarkan oleh Syariah.

Malah, ijtihad di kalangan ulama kita telah membenarkan penubuhan institusi perbankan Islam hari ini.

Namun begitu, saya percaya bahawa para ulama negara ini (kalaupun tidak seluruh dunia) telah tidak dimaklumkan sepenuhnya mengenai ‘perniagaan perbankan’ atau institusi licik ini yang telah memperdaya pengamalnya sejak sekian lama. Dengan menjadikannya sedemikian rumit, licik dan kabur ia juga telah berjaya memperdaya sebegitu ramai orang sehingga tidak ramai yang berani bersuara terhadapnya.

Sesungguhnya berdasarkan pengalaman saya berhubung dengan para ulama kita, saya percaya dan yakin bahawa kebanyakan mereka adalah golongan yang terpelajar dan bijak.

Namun mereka dan juga kita, sebagai pengamal perbankan, telah terpedaya oleh ‘perniagaan perbankan’ yang sedemikian licik. Ironinya, di sebalik imej Malaysia sebagai sebuah negara yang subur pengajian Islamnya, namun, begitu sedikit ulama atau intelektual kita yang berupaya membawa umat mengatasi masalah yang dihadapi mereka.

Pengakuan jujur seorang alim kepada saya – ‘kami para ulama hari ini telah meninggalkan bidang muamalah dalam Syariah selama beberapa ratus tahun. Kami seolah-olah berada dalam hutan tebal sehingga kami sendiri tidak tahu arah keluarnya, apatah lagi memberi pedoman kepada orang lain’ – jelas menggambarkan bencana yang dihadapi oleh umat Islam hari ini.

Kita boleh merumuskan bahawa sebarang usaha untuk melakukan kompromi ke atas tuntutan Syariah dalam bidang ini tidak akan membuahkan penawar yang positif kepada dunia yang kacau kini.

Umat Islam perlu diingatkan bahawa sebagai agama, kesempurnaan Islam hanya boleh dicapai melalui pematuhan dan penerimaan keseluruhan prinsip yang didokong oleh undang-undang Islam, iaitu Syariah dan usul fiqh dalam bidang muamalah.

Prinsip usul fiqh memerlukan orang yang benar-benar memahami perundangan Islam. Islam adalah agama amalan, bukan teori. Amal Madinah, yang mewakili prinsip-prinsip Islam yang diamalkan pada zaman Nabi SAW mestilah diteladani sebaik mungkin.

Sebagai langkah awal, ‘Mata wang Syariah’ mestilah sesuatu yang mengandungi nilai intrinsik, bukannya sekadar mata wang kertas yang wujud kini.

Al-Quran telah memberi amaran keras kepada umat Islam tentang kegagalan umat kini menjadi hamba Allah SWT yang patuh, iaitu jika mereka enggan mematuhi perintah-Nya melarang aktiviti riba. Jika itu berlaku, maka Allah SWT akan mengiytiharkan PERANG terhadap mereka.


Oleh: Nik Mahani Mohamad

P/S...kepada adik2 saya yang akan bekerja dan telah bekerja ngan Bank Islam..harap konsep Ini si suarakan..dan banyak lagi konsep laen yang masih mempunyai kekurangan...harap di bawah ke hadapan...

Friday, March 13, 2009

SeLamaT HaRi JadI...

Friday, March 13, 2009
Kek HAriJaDi Aku..





Selamat Hari Jadi....4x
Panjang umurnya...3x
panjang Umurnya serta mulia..3x

Tiup Lilinnya....4x
Tiup lilinnya sekarang juga....
sekarang juga...3x

Potong Kuehnya....4x
Potong Kuehnya sekarang juga.....
sekarang juga...3x


best tue birthday saya...
actuall im really love my friends..dowang nei memang sporting dan best giler ar...
---------------------------------------------------------------------------------------------------
2.30pm/12 march 2009




nei masa ngan encik samsul...
dia nak belanja awal..so g jelar..owang dah belanja makan kan..pizzza nie..
dia cakap sok dia takder masa..so datang sehari awal ler...
thanzks abang Shamzs..
----------------------------------------------------------------------------------------------

00.01am/ 13 march 2009

masa time birtday saya neii..
member2 dah pakat nak kenakan saya tue....malas lah nak layan dowang dah lah bagi air bucuk..uweaks..tak tahan ar...Mau muntah jak...

jadi apa lagi saya dah planning ar nak melarikan diri...
awal2 lagi saya dah sembunyi kat umah abang samsul...hehehhe..
jadi dowang tak dapat nak kenakan saya ar pada malam tue...
kiranya saya selamat ar dari air bucukk...

dowang mencari tue satu kampus laki...
hahahahaha..padan muka member aku..
malam tue tak jumpa ar...

----------------------------------------------------------------------------------------

9.50am/13 march 2009


pagi tue dah janji nagn c "teda PerasaaN"...
nak g sarapan..so dia macam terpaksa jer ar datang..dah hari jadi saya kan..
nak awat cam mana..terpaksa ar dia datang gak teman saya sarapan...

pagi tue dia minum horlick /saya plak minum milo pink + nasi lemak...
habes jer makan dia bagi bungkusan tue..hadiah ar..
ancoi dapat hadiah..
upanya dia bagi saya coklat Fero rocher"



Nei ar coklat yang dier bagi...

----------------------------------------------------------------------------------------

6.00Pm/13 march 2009



masa nei plak...masa ngan adik angkat aku plak..
dia nak blanja makan Pizza tue..so saya pun g ar..sambut birthday nag dowang ar....
Jai,GeE,IzzA dan Kak SitI.....

makan punya makan tue....
kita bagi ar kek kat meja seblah....
habes jer owang tue makan ...dia datang balik dan tanya sapa yang birthday...cakap ar saya...
then pastue dia bagi Bill lah..
bestnyerr..owang tue dah bayarkan Bill Kami..
so makan percuma ar..

then kakak kat seblah plak tue...
masa dia nak balik tue..
dia sempat lagi bagi Voucher Pizza dan KFC RM10 kat saya..
memang rezkie ar hari neii..


-----------------------------------------------------------------------------------------------
9.00Pm/13 march 2009


Din Kenakan Aku Nei


masa nei time ngan c DIn(BuLat) plak../
dia nak sambut birtday saya dia karaoke plak.....best tue..
kami sambut birthday kat KING's...

ARni,Noi,WeN,ResT,BulaT,NizaM dan Ancoi...
nei lah nama2 yang sambut bufday aku tue...dowang nei walaupun baru kenall..
dah sambut bufday aku tauu..hehehe..best gak ngan dowang neii..

c Bulat dah beli pu Kek dan KFC satu Bucket....
kira okey juak lah..best lah...kita kat karaoke selama 2 jam....
balik g kampus tepat jam 11.00 malam....

happppPPPy lah..

----------------------------------------------------------------------------------------

12.00Pm /13 march 2009

masa aku nak balik kat bilik tue..
member2 aku jahat..
dowang simbah aku nagn aku Bucuk tau..Bucuk nyer air tue..uweaks..
mau muntah bha aku...
ada patut dowang nak kenakan aku juak..
tak patut2....

apa2 pun im happy with my frenzs....
i love My freenzzss../
May ALLAH bless Me..
di murahkan Rezkie...
Semoga Sihat dan Ceria Selalu...
Cepat KaweN..lambat Nikah..wakwkak
sentiasa mendapat keredhaan ALLAH Swt..
diberikan HidayaH...
--------------------------------------------------------------------------------------
Miss U..hEhE..


Gambar Bakal iSteri AKu....
comel kan....

Wednesday, March 11, 2009

AYAT2 PenGaSIh DaLaM IsLam..

Wednesday, March 11, 2009

salam...
mari kita berkongsi cara2 untuk mendapatkan kasih sayang yang terbaik dan betul berlandaskan islam...

di bawah adalah di antara ayat2 yang mungkin berguna untuk kita sama2 gunakan kalo dengan cara dan niat yang betul...


Bacalah Surah Yusuf Ayat 4 yang berbunyi:

"Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidi
n"

Bermaksud:
Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

"Wa-alqaytu 'alayka mahabbatan minnii walitushna'a'laa 'ainii"

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini. Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.
Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik.


1

Tuesday, March 10, 2009

SaMBrONo....

Tuesday, March 10, 2009
salam.....
penatnya hari nei..ndak tau mau wat apa lagie.....
burink gak....bab smalam tengok bola sam jam 6 pagie...
pastue bangun jam 9...member2 suma masih lagi tido...nasep badan lah katakan....
mau ceta apa ya........

ceta pasal Novel lah...
budak2 kat dalam umah nei dah gila novel sumanya....penat den nak cover..
so ceta jak lah...
novel yang dowang paling minat...

BAGAIKAN PUTERI...CINTA SANG RATU.........HIJAB SANG PENCINTA.....






Ke3-3 novel inilah yang dowang paling suka....

adakah patut dowang nei upanya jiwang baca novel .....
tapi ceta nei best bha...Novel ThriLLer bha neii..jarang juga yang cinta2...

dalam ceta nei ada kisah laksamana Hang Tuah,Laksamana SuNan...tue yang best tue...
kira hebat juak lah penulis novel nei....

Makan SataY..


Makan SataY..



Best Gak Ar..



salam kengkawan...
mcam malas plak nak tulis kat blok nei..tapi teruskan juak lah..
nak tulis pasal apa ya..

ntah mcam teda nak kongsi jer..nei gambar kami masa makan satay tue..
boleh juak lah..,makan ala kadar jak..asal terasa satay../
ndak lah sampai nak kasi pecah perut kan..
nei jak lah yang kami boleh wat....jalan2 cari makan....

actually...
best gak masih dapat berkumpul ngan dowang nei...
masih boleh lagi bergila..mcam dulu....terasa macam masih lagi student...
yelar...dah gred nei kenapalah wat bodo lagi kan..hehehe..

apa2 pun tak kesah..."aiman Tak KesaH.."

relaks dulu lah..sekejap lagi baru usaha lagi k..

thankzs kepada kawan2 yang masih lagi support Bradzs...

Thursday, March 5, 2009

CIntA Oh CinTa...

Thursday, March 5, 2009

salam..kengkawan...

apa khabar suma..sihat kah..thankzs lah kalo yang selalu melayari blok saya ini...

hari ini dan ceta dan kongsi mengenai Ilmu Cinta lah...apakah itu cinta...benarkah ini cinta..atau inikah cinta...

aku jatuh cinta kah...betulkah ini cinta....

terlalu banyak persoalan mengenai cinta...sampaikan diri kita AlPA mendekatkan diri kepada ALLAH SWT iaitu cinta yang abdi dan yang kekal tuk selamanya...Inilah yang terjadi padaku...kadang2 aku bingung mengatakan bahawa ini kah cinta ku...adakah aku telah jatuh cinta...di terima kah cintaku...<<

hari ini ku petik sebuah kata2 cendekiawan...apa itu cinta...??

Menurut Ibn Hazm, cinta itu sulit dihuraikan. Namun ada beberapa tanda seseorang yang telah jatuh cinta iaitu ( Tuq al-Hamamah) :-

Pertama, kecanduan memandang orang yang dikasihi.

Kedua, segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja duduk dekatnya dan mendekatinya.

Ketiga, gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.

Keempat, kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumnya enggan dilakukannya. Adapun perbuatan yang mencacatkan cinta menurut Ibn Hazm adalah mereka yang berbuat maksiat antara lain adalah berzina dll.

kadang2 melihat kepada contoh diatas..adakah saya benar2 jatuh cinta atau adakah ini hanya tuk saya melepaskan diri saya dari kekecewaan yang saya hadapi...

saya cuba untuk menyingkap sebanyak mana kekuatancinta yang saya ada....

adakah cinta yang lama telah Hilang selamanya..lama tue..."6 tahun lamanya" satu jangka masa yang agak panjang tuk kita pikirkan...6 tahun aalah masa yang panjang...kenapa harus berakhir semuanya tanpa ada pengakhiran yang baek...

adakah ini yang telah di rencanakah oleh ALLAH SWT...kalo ini lah yang direncanakan..salahkah aku untuk jatuh cinta dalam jangka masa yang singkat ini...setelah 4 bulan aku cuba untuk melawan perasaan ku..cuba untuk melupakan semuanya..aku lari dari kehidupan ku yang sebenar..aku jadi seperti orang yang tidak keruan..tidak lagi mempunyai keyakinan seperti dulu...aku seperti hilag arah dan tujuan tuk meneruskan hidup...semuanya ku letakkan ke dalam CINTA ku dimana aku lah juga yang menghancurinya...aku rosakkan kepercayaannya...

namun lama aku berfikir.....adakah masih ada CINTA...atau Andai Ini taKdirNya...

salahkah aku untuk jatuh cinta dalam jangka masa yang terdekat..setelah 4 bulan hubungan kami telah musnah..atau adakah ini hanya untuk pelepas kepada semua kerinduan yang ada...

cinta yang lama adalah Sejarah...yang tinggal hanya lah kenangan yang sukar tuk di lupakan....

"Sesudah terpautnya hati, seseorang mampu berbuat pelbagai benda pelik demi untuk yang dikasihinya. Sebagaimana insan bercinta sesama insan, yang malam tidak dirasa, perkara berat terasa ringan, beban dirasa nikmat dan sebagainya.


 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates