Friday, April 17, 2009

RIBA...

Friday, April 17, 2009
Riba secara bahasa bermakna: ziyadah (tambahan). Dalam pengertian lain, secara linguistik riba juga berarti tumbuh dan membesar . Sedangkan menurut istilah teknis, riba berarti pengambilan tambahan dari harta pokok atau modal secara bathil. Ada beberapa pendapat dalam menjelaskan riba, namun secara umum terdapat benang merah yang menegaskan bahwa riba adalah pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual-beli maupun pinjam-meminjam secara bathil atau bertentangan dengan prinsip muamalat dalam Islam.

Di antara pengertian atau definasinya menurut hukum syarak ialah :

1. Akad bagi membuat pertukaran barang yang tertentu tidak diketahui persamaannya mengikut kiraan syarak ketika akad atau diketahui persamaannya tetapi dengan menangguhkan kedua-dua tukaran itu atau salah satunya.

2. Pertambahan pada pertukaran emas dan perak juga pada jenis-jenis benda makanan.
Hukum Perbuatan Riba
Perbuatan riba hukumnya haram dan berdosa besar.
Di antara ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan haram dan kotornya perbuatan riba ini adalah seperti berikut :
Ertinya : Dan Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman ! Takutlah kepadaAllah dan tinggalkan sisa-sisa riba itu, jika kamu orang beriman

Daripada Ibni Masud.Ertinya : Bahawa Nabi s.a.w. melaknanti pemakan riba, pemberinya, saksinya dan juru tulisnya.

Daripada Jabir r.a. Ertinya : Melaknati Rasulullah s.a.w. memakan riba, pemberinya, juru tulisnya, saksinya dan ia berkata : “Mereka itu sama sahaja.”
Hikmat Pengharaman Riba

Islam mengharamkan riba kerana akibatnya terlalu buruk terhadap anggota masyarakat. Riba merupakan penindasan dan pemerasan setengah orang-orang kaya terhadap orang-orang miskin. Setengah-setengah orang menganggap riba sama saja dengan jualbeli kerana kedua-duanya sama-sama mendatangkan keuntungan. Anggapan ini jauh terpesong dari hakikat yang sebenarnya. Anggapan ini jauh terpesong dari hakikat yang sebenarnya. Kedua-dauanya jauh berbeza. Jualbeli diharuskan kerana mendatangkan faedah yang besar kepada masyarakat.Walaupun ia mendatangkan keuntungan yang berlipat-ganda, namun ia juga terdedah kepada kerugian, kadang-kadang mendatangkan keuntungan dan kadang-kadang mendatangkan kerugian. Hal ini berlainan sekali dengan riba kerana ianya sekali-sekali tidak terdedah kepada kerugian, malah sentiasa mendatangkan keuntungan.
Dalam masyarakat kita bukan sedikit orang-orang yang berhutang kepada ceti-ceti, bergadai kepada pajak-pajak gadai secara riba telah kehilangan kebun getah, tanah padi dan sebagainya kerana tidak sanggup membayar hutang, membayar bunga, membayar faedah (interest) yang dikenakan berlipat-ganda ke atas mereka. Sebaliknya pihak pemakan riba bertambah kaya-raya dan senang-linang. Pendeknya perbuatan riba merupakan suatu penindasan dan cengkaman yang amat buruk terhadap anggota masyarakat. Di akhirat kelak mereka akan mendapat hukuman daripada Allah. Firman Tuhan :

Ertinya : Orang-orang yang memakan riba, tidak berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan, yang demikian kerana mereka berkata : jualbeli itu seperti riba, dan Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.

Dari huraian di atas, dapat ditarik beberapa kesimpulan seperti berikut :
1. Riba merupakan pemerasan dan penindasan yang terkutuk.
2. Riba menghilangkan rasa tolong menolong di antara satu sama lain.
3. Riba menambahkan kemelaratan dan kesusahan ke atas orang-orang susah dan miskin.
4. Riba menanamkan semangat tamak haluba kepada orang-orang yang berada dan kaum-kaum pemodal, sebaliknya menimbulkan semangat kebencian dan hasad dengki di dalam hati orang-orang miskin.
5. Orang-orang yang menjalankan perbuatan riba, di akhirat kelak akan menerima hukuman berat daripada Allah.Kerana keburukan-keburukan itulah, Islam mengharamkan perbuatan riba dan mengutuk keras ka atas orang-orang yang terlibat dalam urusan riba.

Benda-benda Riba
Benda-benda yang terdapat padanya riba adalah sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ubadah bin Al-Samit daripada Nabi s.a.w. berkata ia :

Ertinya : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, tamar dengan tamar, garam dengan garam, sama-sama banyak dengan tunai, maka jika berlainan jenis-jenis ini, maka juallah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki jika dengan tunai.

Ilat Pengharaman Dari sabda Rasulullah s.a.w. yang tersebut pada
itu, secara garis kasarnya, benda-benda riba tercantum dalam dua perkara, iaitu :
1. Benda-benda makanan2. Emas dan perak
Jadi benda-benda riba itu bukanlah hanya terkhas kepada enam perkara benda-benda yang tersebut pada 5.3 itu sahaja. Benda-benda yang tersebut itu hanyalah sebagai dasar illat pengharaman sahaja. Syafii menetapkan illat pengharaman benda-benda makanan ialah ‘makanan’ ; illat pengharaman emas dan perak ialah kerana kedua-duanya itu merupakan “nilai bagi sesuatu”. Tetapi Hanafi menetapkan illat pengharamannya ialah “sukatan dan timbangan”.
Jenis-jenis Riba

Jenis-Jenis Riba

Secara garis besar riba dikelompokkan menjadi dua. Yaitu riba hutang-piutang dan riba jual-beli. Riba hutang-piutang terbagi lagi menjadi riba qardh dan riba jahiliyyah. Sedangkan riba jual-beli terbagi atas riba fadhl dan riba nasi’ah.

Riba Qardh

  • Suatu manfaat atau tingkat kelebihan tertentu yang disyaratkan terhadap yang berhutang (muqtaridh).

Riba Jahiliyyah

  • Hutang dibayar lebih dari pokoknya, karena si peminjam tidak mampu membayar hutangnya pada waktu yang ditetapkan.

Riba Fadhl

  • Pertukaran antarbarang sejenis dengan kadar atau takaran yang berbeda, sedangkan barang yang dipertukarkan itu termasuk dalam jenis barang ribawi.

Riba Nasi’ah

  • Penangguhan penyerahan atau penerimaan jenis barang ribawi yang dipertukarkan dengan jenis barang ribawi lainnya. Riba dalam nasi’ah muncul karena adanya perbedaan, perubahan, atau tambahan antara yang diserahkan saat ini dengan yang diserahkan kemudian.
Riba-Yad :
  • riba yang dibayar lebih kerana tidak berterimaan di dalam majlis akad.


Syarat-syarat Penjualan Barang-barang Riba
Tidak harus menjual barang-barang jenis riba sesama jenisnya dan yang bukan sesama jenisnya kecuali dengan syarat-syarat seperti berikut :

1. Sesama jenisnya :
Jika dijual barang-barang makanan dengan makanan sesama jenisnya seperti gandum dengan gandum, beras dengan beras, dan juga jika dijual emas dengan emas, perak dengan perak, disyaratkan tiga perkara, iaitu :
(a) Hendaklah bersamaan kedua-duanya pada sukatan / timbangan
(b) Hendaklah dengan tunai
(c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis akad.

2. Tidak sesama jenisnya :
Jika dijual benda-benda tidak sesama jenisnya seperti gandum dengan beras, gandum dengan syair, emas dengan perak, disyaratkan dua perkara, iaitu :
(a) Hendaklah dengan tunai
(b) Hendaklah berterimaan di dalam majlis akadErtinya jika dijual barang-barang bukan sesama jenisnya, boleh berlebih kurang di antara satu sama lain.

Benda-benda Yang Berlainan Bangsa
Bagi benda-benda yang berlainan bangsa dan jenisnya seperti padi dengan wang, beras dengan kain atau sebagainya, tidak dikenakan apa-apa syarat padanya.

Saturday, April 11, 2009

Masih wajarkah BBA setelah wujudnya Musyarakah Muntanaqisah?

Saturday, April 11, 2009

Tidak wajar, ini adalah disebakan oleh beberapa faktor yang menyebabkan sistem pembiayaan perumahan BBA tidak wajar untuk di teruskan antaranya ialah:

Kes pertama

Di Malaysia, bagi pembiayaan perumahan, majoriti bank menggunakan konsep al-bai' bithaman ajil (BBA) atau jual harga tangguh. Manakala dalam penentuan kadar keuntungan pula ada dua pendekatan yang digunakan iaitu sama ada menggunakan kadar tetap (fixed rate) atau kadar yang berubah-ubah (floating base financing rates) yang mempunyai kadar siling yang tertentu yang ditetapkan pada awal kontrak.

Dalam amalan BBA sekarang, pelanggan perlu menandatangani Perjanjian Jual Beli (S&P) dengan pemaju/penjual dengan membayar 5%-10% wang pendahuluan. Kemudian dia cuba mendapatkan pembiayaan daripada pihak bank. Jika diluluskan, pihak bank akan membeli hak pelanggan di bawah S&P tadi dan kemudiannya membayar keseluruhan harga aset kepada pihak pemaju/pembeli sebelum menjualnya kembali kepada pelanggan pada harga tangguh dan pada kadar untung yang tertentu.

Persoalannya sekarang jika rumah tadi masih lagi dalam pembinaan, apa yang dibeli oleh pihak bank dan apa yang dijualnya kembali kepada pelanggan?

Ini kerana dalam Islam sesuatu yang ingin dijual itu perlu wujud dan ada dalam pemilikan penjual pada masa akad dilakukan. Jika barang yang diakad (ma'qud alaih) tidak wujud semasa akad dibuat, ia boleh mewujudkan unsur ketidaktentuan (gharar) tentang kemampuan pihak penjual dalam menyerahkan aset tadi kepada pembeli.

Dalam perundangan Islam, kontrak jual beli boleh menjadi satu akad yang fasid jika penjual gagal menyerahkan ma'qud alaih semasa akad dibuat. Dalam kes BBA (jika benarlah ia bersandarkan konsep jual beli Islam), kontrak tersebut sepatutnya terbatal jika rumah tadi gagal disiapkan atau gagal diserahkan kepada pembeli dalam tempoh yang ditetapkan.

Hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia ialah, walaupun sesuatu projek itu gagal disiapkan atau terbengkalai, pelanggan tetap kena membayar ansuran bulanan atau membayar kadar keuntungan ke atas progressive payment yang telah dibuat pihak bank kepada pemaju/penjual. Jika benar rumah tadi adalah milik bank (kerana ia telah beli daripada pemaju/penjual sebelum menjualnya kepada pelanggan), bukankah ini sesuatu yang tidak menepati semangat syariah yang berpaksikan konsep adil dan ihsan?

Katakan rumah tadi berjaya disiapkan, bagaimanapun ini belum menjamin pelanggan sudah boleh menarik nafas lega. Ini kerana dalam sesetengah kes, kelewatan pihak bank menjelaskan baki harga rumah kepada pihak pemaju (selepas di tolak bayaran pendahuluan yang biasanya sekitar 10% daripada harga rumah) ada kala boleh menyebabkan pihak pelanggan dikenakan kadar faedah (riba) yang ada kalanya mencecah 8%-10% setahun oleh pihak pemaju/penjual. Kunci tidak akan diberikan oleh pihak pemaju selagi bayaran faedah ini tidak dilunaskan oleh pembeli. Bukankah ini adalah tanggungjawab pihak bank untuk menyerahkan kunci kepada pelanggan kerana dalam BBA, bank adalah penjual atau pemilik kepada aset tadi? Begitu juga dengan denda oleh pemaju. Sepatut kos ini ditanggung oleh pihak bank bukannya pelanggan jika terbukti kelewatan pendokumentasian dan pembayaran berlaku di pihak bank itu sendiri.

Kes kedua

pembiayaan yang dibuat secara BBA, salah satu perlindungan yang diberikan adalah insuran kebakaran dan bukannya takaful kebakaran. Apabila ditanya pegawai pemasaran bank kenapa penulis diberi insurans kebakaran sedangkan urusan dibuat di Cawangan Perbankan Islam, jawapannya adalah acuh tak acuh sahaja. Kononnya polisi

dijana secara automatik oleh komputer! Bukankah yang memasukkan data ke dalam komputer itu adalah manusia yang bertugas di Cawangan Perbankan Islam? Dan perkara seumpama ini tidak seharusnya berlaku kerana syarikat induk bank tadi merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang mempunyai dua buah syarikat takaful di bawah naungannya.

Begitu juga dengan alat-alat pemasaran dan maklumat-maklumat iklan yang digunakan untuk memberitahu pelanggan akan produk yang ditawarkan. Ia seharusnya betul dan tidak mengelirukan. Dalam perbankan Islam, terma pinjaman dirujuk sebagai pembiayaan, terma faedah dirujuk sebagai keuntungan manakala kadar faedah adalah kadar keuntungan. Akan tetapi bank yang penulis berurusan ini menggunakan secara terang-terangan menggunakan terma BLR (Base Lending Rate) atau Kadar Pinjaman Asas di dalam brosur untuk menyatakan kadar keuntungan yang dikenakan ke atas produk pembiayaan perumahannya. Ini adalah sesuatu yang mengelirukan kerana dalam SPI, BLR adalah BFR (Base Financing Rate).

Kes ketiga

Pembiayaan perumahan secara BBA masih tidak diguna pakai di Negara-negara timur tengah kerana dalam konsep ini melibatkan pembelian yang kurang jelas dan melibatkan pembelian berkonsepkan bay al-dayn. Oleh kerana konsep ini tidak meluas dan tidak dapat diguna pakai dinegera arab yang lain maka memang tidak wajar lagi konsep BBA ini diteruskan didalam pembiayaan perumahan secara islam. Keadaaan ini akan menyukarkan bagi Malaysia menembusi pasaran global disebabkan oleh produk Malaysia adalah tidak global dan tidak dapat digunakan di Negara-negara timur tengah.

Selain daripada itu juga keadaan ini akan menyukarkan bagi pelabur-pelabur dari timur tengah khususnya untuk datang melabur di Malaysia kerana wujudnya keadaan begini.


CADANGAN

1.menukarkan pembiayaan BBA kepada musyarakah Muntanaqisah

Pembiayaan perumahan secara BBA harus diubah kepada pembiayaan perumahan secara musyarakah muntanaqisah kerana dengan adanya pembiayaan musyarakah ini akan memberi sedikit keadilan kepada pelanggan yang inigin membeli rumah kerana sebelum ini pemilikan pembiayaan BBA adalah milik bank sepenuhnya dan sehingga pelanggan habis melangsaikan hutang maka barulah hak pemilikan itu berubah tangan. Dengan ini tidak lagi timbul isu keadilan mengenai siapa kah yang berhak terhadap sesuatu pemilikan.

2.meluaskan dan mengembangkan pembiayaan Musyarakah Muntanaqisah

Selepas ini system kewanagn bagi Malaysia akan dapat dikembangkan lagi keseluruh pelusuk dunia kerana denagan adanya konsep pembiayaan musyarakah muntanaqisah Malaysia mampu membawa produk ini ke peringkat global kerana produk ini kurang bercanggah dengan kehendak pelanggan.selain daripada itu juga, produk ini dapat diguna pakai di Timur Tengah sebagai satu alat pembiayaan yang mampu memberikan keadilan kepada kedua belah pihak. Ini kerana sebelum ini pembiayaan secara BBA tidak dapat diguna pakai di Timur tengah.

3.membuka peluang kepada pelabur asing untuk mengembangkan produk ini.

Dengan adanya pelabur-pelabur asing maka pengembangan ekonomi kewanagan islam akan mampu berkembang denagan pesatnya. Selaras dengan pembiayaan perumahan musyarakah muntanaqisah ini maka pelabur luar akan dapat melabur di Malaysia denagn menggunakan konsep ini kerana konsep ini tdak mempunyai percanggahan di timur tengah. Dengan ini Malaysia akan mampu mencapai target 20% penguasaan kewangan islam menjelang 2010.

4. pelabur domestik haruslah keluar dari Malaysia .

Pelabur-pelabur Malaysia atau bank-bank di Malaysia seharusnya keluar daripada kepompong Negara dan cuba untuk mengembangkan sayap pelabur dan pembiayaan ke Negara luar khususnya Timur Tengah yang mempunyai sumber kekayaan yang masih belum dikembangkan dan diperluaskan. Ini kerana kekayaan umat islam di seluruh dunia belum lagi digunakan sepenuhnya kerana sebelum ini terdapat banyak percanggahan yang berlaku khususnya Malaysia dan Negara-negara di Timur Tengah berkaitan dengan produk yang dibangunkan oleh Malaysia tidak dapat digunakan di timur tengah.




 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates