Thursday, April 9, 2009

Adam dan pohon Khuldi

Thursday, April 9, 2009

Di dalam syurga terdapat banyak buah-buahan yang bermacam bentuk dan rasa. Semua buah-buahan itu boleh dimakan oleh Nabi Adam dan isterinya, Hawa. Terdapat juga sepohon pokok yang sangat besar iaitu pohon Khuldi.

Allah telah melarang Nabi Adam dan isterinya mendekati pokok itu, apatah lagi memakan buahnya. Tujuannya ialah untuk menguji ketaatan mereka terhadap Allah, di samping menahan hawa dan nafsu mereka. Dengan ketaatan mereka, Allah dapat memberi kesempatan untuk mereka terus tinggal di dalam syurga untuk bersenang-lenang dan bersuka ria.

Allah memberikan peringatan kepada Nabi Adam dan isterinya supaya menjauhkan diri daripada iblis. Jangan menurut kata dan ajakan iblis kerana iblis sudah terang-terangan menyatakan dirinya sebagai musuh Nabi Adam dan keturunannya buat selama-lamanya.

Iblis juga sedaya upaya berusaha siang dan malam tanpa rasa jemu dan berputus asa, untuk menjauhkan Nabi Adam dan keturunannya daripada terus hidup dalam kebahagiaan.

Allah berfirman kepada Nabi Adam, "Wahai Adam! Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu. Dia akan selalu menggoda engkau berdua agar engkau berdua terusir pula dari syurga ini sehingga engkau hidup sengsara. Di syurga inilah engkau berdua akan dapat hidup bahagia, tidak akan menderita lapar dan susah".

Bagaimanapun, keimanan Adam dan Hawa sedikit sebanyak telah tergugat apabila digoda oleh iblis. Iblis yang iri hati sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan mereka berdua dengan cubaan berpura-pura baik.

Ia memberi nasihat kepada Nabi Adam dan Hawa sekiranya mereka makan buah Khuldi tersebut, mereka akan menjelma sebagai malaikat. Ia juga menggoda mereka dengan menceritakan kelazatan buah Khuldi dan keharuman pohonnya.

Kata-kata itu membuat Nabi Adam dan Hawa terasa ingin mencubanya walaupun telah ditegah oleh Allah SWT. Akhirnya mereka makan juga buah Khuldi itu.

Lalu Allah mencela mereka dengan firman-Nya yang bermaksud, "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata?"

Nabi Adam dan Hawa yang mendengar firman Allah itu berasa amat menyesal. Mereka sedar yang mereka telah melakukan dosa besar. Lalu mereka berkata, "Ya Allah, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan telah melanggar perintah-Mu kerana terpedaya dengan pujukan iblis. Ampunilah dosa kami, kalau tidak kami akan tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi".

Friday, April 3, 2009

KeJohanan Bola Tampar terbuKa UMS

Friday, April 3, 2009


salam..kengkawan...
nak ceta ckit jer..ari tue saya ikut team UMS g KK tengok dowang main bola tampar terbuka SABAH..kira best2 gak lah suma team yang masuk...

1..Garuda(sandakan Team) kampung siakk..
2..Panji (LD Team) Bangsa sia "baJau"
3..Remaja BomBa (Sukma Team)
4..Bongawan (C PanJang PunYa Team)


so kira2 nya tue lah keputusan pertandingan Bola Tampar Terbuka UMS tue..Ums Mantap Juga Lah..tempat ke-2 dari belakang..wkakwakwka

UnTukMu Ibu...

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat
marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada
pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat
Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

p/s....sayanGi Ibu Anda...Love U Ibu..

Thursday, April 2, 2009

AWAS GERAKAN YAHUDI

Thursday, April 2, 2009

Dunia Buku : Awas! Anda Freemason





Pendedahan dalam gerakan janaan Yahudi karya dua sahabat

PASTI ramai pembaca akan terkejut dengan pendedahan yang dibuat Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa dalam Gerakan Freemansory: Musuh dalam menghancurkan Islam kerana ia terjadi secara di luar sedar sehingga gerakan kebangsaan turut menjadi sasaran.

Freemasonry atau Freemason dipelopori oleh gerakan Zionis dengan agenda menghancurkan Islam di seluruh dunia berselindung di sebalik kegiatan kemanusiaan, kebajikan dan keamanan di seluruh dunia sehingga musuh tidak sedar akan fahaman Yahudi yang cuba disebarluaskan.


Kegiatan dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial, turut dijadikan landasan untuk menyusup masuk ke fahaman, agama dan bangsa lain, tetapi di luar sedar mereka, hakikatnya taat setia mereka sebenarnya adalah pada gerakan terbabit.


Seluruh umat Islam pasti membenci Yahudi yang bertanggungjawab merampas Palestin dan membina Haikal Sulaiman, iaitu kuil Yahudi pertama di Baitulmaqdis di atas runtuhan Masjid al-Aqsa.

Bagaimanapun, berapa ramai daripada kita yang sedar bahawa gerakan terbabit sudah berjaya memperluaskan cengkaman pemerintahannya sehingga ke Syria, Iraq, Jordan dan Mesir dan menguasai Makkah dan Madinah!



Buku ini mendedahkan segala-galanya dengan menyorot lima rukun gerakan Freemason yang mempunyai persamaan dengan Zionisme, sekali gus merebak ke negara yang pernah menjadi jajahan kuasa imperialis Barat.

Lima rukun gerakan Freemason ialah monotheisme bermaksud kesatuan Tuhan dan nasionalisme yang cenderung kepada fanatik bangsa seperti Yahudi serta humanisme, iaitu kemanusiaan yang digula-gulakan dengan konsep adil dan beradab, tetapi sebenarnya merujuk ajaran Talmud.

Rukun keempat ialah demokratisme atau penyatuan suara, manakala rukun terakhir ialah sosialisme, iaitu keadilan sosial tetapi ia hanya ditujukan kepada Yahudi atau Yahudi diangkat menjadi pemimpin.

Buku ini turut mendedahkan perhatian yang diberikan gerakan Freemason kepada aktiviti sosial dengan tumpuan kepada aktiviti kemanusiaan dan bantuan serta memberi penghargaan kepada individu cemerlang.

Segala-galanya ini berlaku secara biasa sehingga unsur gerakan Yahudi tidak kelihatan, lalu kehadiran persatuan yang mengagung-agungkan kemanusiaan diterima ramai seperti penerimaan Pertubuhan Bahaiyah, Kelab Rotary Antarabangsa, Kelab Lions dan Pertubuhan Yoga di negara ini.

Lebih menyedihkan apabila pengarang buku ini mendedahkan sebahagian besar yang terjebak dengan gerakan ini ialah di kalangan orang berkepentingan dalam kerajaan dan bukan kerajaan.

Buku ini mengemukakan bukti pendedahan itu berdasarkan kajian 2002 yang menunjukkan 60 peratus daripada kakitangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) adalah anggota Freemanson, selain mereka bergiat secara aktif dalam organisasi penting di Amerika Syarikat (AS) dan Britain serta negara Eropah.

Pembaca turut disuguhkan contoh cara Freemason menguasai pemikiran masyarakat di negara ini dengan konsep pecah dan perintah serta pembahagian kuasa, menyerahkan urusan pemerintahan negara kepada orang politik, manakala agama dan istiadat kepada orang agama.

Buku ini menegaskan gerakan Freemason menjadi agenda jahat Yahudi sejak sekian lama seawal usaha menghapuskan agama Islam melalui kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah, Kerajaan Islam yang kuat dan unggul.

Pembaca boleh menilai gerakan Freemason sebagai dakyah Yahudi dalam mencapai impian leluhur mereka dan tidak puas hati terhadap layanan yang diterima sejak sekian lama, termasuk tindakan licik merekrut ahli dengan memilih individu berkedudukan dan status saja.

Dengan membaca buku ini, pembaca dapat kesedaran untuk berhati-hati dalam memilih pemimpin dan jangan mempercayai badan sosial atau kebajikan tanpa usul periksa kerana berkemungkinan mereka mempunyai agenda tersembunyi.

INFO

Gerakan Freemansonry Musuh dalam Menghancurkan Islam

Pengarang: Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa

Tebal: 210 halaman

Penerbit: Hijjaz Records Publishing

Harga: RM35.90 senaskhah

Bintang: ****

TEORI RAHMAN

Najib pelengkap teori 'Rahman'


HARI ini tercatat satu lagi sejarah apabila Datuk Seri Najib Razak, 55, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-6, muda setahun daripada usia Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mula menyandang jawatan itu pada 1981.

Tetapi ayahnya, Tun Abdul Razak Hussein lebih muda ketika mula memegang jawatan Perdana Menteri pada 1970 ketika berusia 52 tahun, manakala Tun Hussein Onn berumur 54 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan sama pada 1976.

Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berumur 54 tahun apabila dilantik ke jawatan itu sebaik negara merdeka pada 1957.


Ini bermakna semua Perdana Menteri berusia 56 tahun ke bawah, kecuali Perdana Menteri ke-5, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang berusia 63 tahun ketika mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Negara pada 31 Oktober 2003, sebulan sebelum menyambut hari lahir ke-64.


Dengan itu juga, lengkaplah teori 'Rahman' � bermula dengan huruf 'R bermaksud Tunku Abdul Rahman, diikuti Abdul Razak, Hussein, Mahathir, Abdullah dan diakhiri huruf 'N' untuk Najib.

Selepas Rahman apa pula? Bagaimana pula jika kita ciptakan perkataan 'Mahathir' untuk kepemimpinan seterusnya? Apakah huruf 'M' nanti akan bermaksud Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, 62, yang bakal dilantik Timbalan Perdana Menteri apabila Najib mengumumkan rombakan Kabinetnya tidak lama lagi.

Selepas 'M' ialah 'A' yang boleh dikaitkan dengan nama Naib Presiden Umno paling kanan sekarang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, 56, manakala huruf 'H' selepas itu, boleh dipadankan dengan seorang lagi Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 47.

Selepas 'H', adalah huruf 'A', 'T', 'H', 'I' dan 'R'. Sudah tentu penyokong kuat Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak bersetuju dengan teori 'Mahathir' ini kerana tiada huruf 'K' di situ. Namun, ia cuma suatu teori yang tidak semestinya boleh dipercayai atau menjadi kenyataan.

Kita tidak tahu sebenarnya siapa pencipta teori 'Rahman' itu, tetapi pada suatu ketika apabila Tun Musa Hitam dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri selepas Dr Mahathir, teori itu sudah nampak tempang atau mula kelihatan tidak menjadi.

Selama lima tahun, orang tidak bercakap mengenai teori itu sejak Musa dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1981 sehinggalah meletak jawatan pada 1986 ketika berusia 52 tahun. Tempatnya kemudian digantikan oleh Tun Abdul Ghafar Baba (1986-Oktober 1993), barulah teori itu muncul semula tetapi ramai juga ketika itu tidak yakin Ghafar akan naik menjadi Perdana Menteri kerana beliau dilihat lebih kepada tempoh peralihan sementara menunggu calon sesuai.

Bagaimanapun, teori itu kelihatan mula menjadi apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik menggantikan Ghafar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1 Oktober 1993. Sepanjang lima tahun itu, Anwar seakan-akan bakal pengganti Dr Mahathir sehinggalah musibah menimpanya pada 1998.

Rupa-rupanya, huruf 'A' selepas 'M' dalam teori 'Rahman' itu ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Namun, orang yang paling gembira hari ini ialah Tun Rahah Mohd Noah, ibu Najib � keluarga yang melahirkan dua Perdana Menteri. Tun Rahah yang kini berusia 75 tahun mungkin tidak pernah terfikir Najib akan menjadi menteri apatah lagi Perdana Menteri seperti ayahandanya. Bagaimanapun, alhamdulillah Najib mengikut jejak ayahandanya apabila mencapai tahap tertinggi dalam kerjaya politik.

Allahyarham Tun Abdul Razak sentiasa menasihatkan anak supaya rajin belajar dan mendapat keputusan bagus dalam pelajaran, selain mesti bekerja kuat seperti beliau kerana Allahyarham memang seorang yang kuat bekerja.

Keperibadian Tun Abdul Razak yang ada pada Najib ialah kedua-duanya kuat bekerja dan dedikasi untuk berkhidmat kepada masyarakat. Dalam hati Allahyarham memang kuat bekerja untuk berkhidmat kepada masyarakat dan itu yang dilakukan Najib sekarang.

Wednesday, April 1, 2009

MIMPI KU...PeLik Nei..

Wednesday, April 1, 2009
salam kengkawan...

nak ceta sal mimpi aku tadei pagie...mainan tido kot..

mimpi aku nei pelik....
bab mimpi aku mengandung tue...siap melahirkan lagie..
abes jak aku melahirkan tue...aku terlupa plak nak Azankan anak aku..

pastue aku wat lah seperti besa..pas aku azankan...
aku baca Al-Fatihah 3x dan sembur kat kepala dia..
pastue aku baca doa selamat lah dalam hati....

tiba2 ada nenek tue datang kat aku dan gtau lagi bagus kalo baco....
3 Kul..pastue sambung ngan surah yassin.....dia gtau aku lah,...
pelik juga lah...tapi aku iayakan jak..bab menda betul..
pastue dia cakap lagi..kalo tak paham dan tak hafal...anak mesti tulis pastue hafal...

then...tiba2 nampak anak aku tue siap boleh lari2 lagie tue..pelik kan...baru jak lahir udah boleh lari2...tapi anak pompuan ar...kira comel juga lah...tapi yang ndak bestnya masa aku melahirkan tue senang tapi keadaannya dalam keadaan hujan ribut..dan aku melahirkan di bawah khemah jak...

ntah apalah perihal dan maksud mimpi tue..saya yang tau gtau saya konon...
pelik ar ngan mimipi cam tue...

p/s...mainan tido kot...tapi owang cakap ada juga yang betul....

Isu BBA..

Bank Islam: Kontrak Bai Bithaman Ajil Sah

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pelanggan Bank Islam Malaysia Bhd dan orang ramai kini boleh menarik nafas lega apabila mengetahui bahawa kontrak Bai Bithaman Ajil (BBA) adalah sah dan terikat.

Ini susulan daripada keputusan sebulat suara hakim Mahkamah Rayuan semalam semasa prosiding yang melibatkan Bank Islam.

Keputusan itu mengesahkan amalan bank tersebut berkaitan dengan kontrak BBA adalah mematuhi Syariah dan sah, kata Bank Islam dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut bank tersebut, Mahkamah Rayuan juga menegaskan bahawa kontrak BBA adalah urus niaga jualan dan justeru itu tidak boleh dibandingkan dengan urus niaga pinjaman.

Kontrak BBA bermakna "jualan pembayaran tertangguh". Ia merupakan kaedah pembiayaan Islam yang digunakan bagi hartanah dan kenderaan serta pembiayaan bagi barangan pengguna lain.

-- BERNAMA

Kami menyediakan langganan

Tuesday, March 31, 2009

My StoWie..

Tuesday, March 31, 2009
salam kengkawan..
macam nak cerita plak somting yang peribadi....

mesti korang pelik kan kenapa aku masih tak mau kerja..padahal kerja berlambak pun...takper ar..hanya owang2 yang paling dekat dan paling aku percaya jak yang tahu..so sapa yang tahu tue adalah dikalangan ownag yang paling aku percaya...mcam laen jak kan...<<
nak ceta nei sal..sahabat..apa tue sahabat..
bagi adik2 junior pasnei akan berpisah udah..takkan ada lagi apa2 pasnei..kegembiraan campus memang takkan berulang lagie...so gunakan masa tue sepenuhnya....

aku adalah owang yang tak terkecuali dengan perpisahan itu..dan aku juga lah diantara owang yang masih tak puas merasakan kehidupan kampus....masa dalam kampus rasa macam muda jak...tapi kalo dah kuar..Opss upanya aku dah dikira owang dewasa..tapi tak matang2 lagi pun..
aku masih indukan sahabat2 ku yang masih study..ciann dowang masuk sama2 gan aku tapi aku yang abes dulu..so tunggu dowang lah..lagi pun best apa hidup dalam kampus.....

disebabkan aku masih lagi tak puas ngan kehidupan kampus...so aku datang lagi lah...ala sekejap jak pun..aku kena korbankan masa selama 6 bulan jak...pastue teda udah kan..so apa salahnya korbankan 6 bulan tuk my frensz..pastue seterusnya for me and my family..kira berbaloi juak lah..cuma BODOH ckit lah..apa leh wat..dah aku jenis cam tue..nak awat camana lagi kan...

so pasnei adik2 junior gunalah masa tue sepenuhnya..wat menda yang tak dapat dilupakan..cuma jgn tido bersama lah..laki2 dan pompuan..bahaya..<<<<>>>>

apa2 pun Gud Luck for Final Exam To All MY Junior especially....Ocie,Hakita,Honey Dew,Izza,Jee,Lang and The BudDy Geng...

may AllAh BleSs U All..

Thursday, March 26, 2009

SweeT MemOry

Thursday, March 26, 2009

BraDzs

this is my life..bradzs footbal club 2008...
i really miss this moment...
just nak publish lah..nei masa kami dapat no.2 dalam piala Prof.
lawa kan juga gambar dia..


KawaN KapAl SelaManya

nei gambar kami masa FamilY day..
Indunya ngan dowang nei..apakan daya..
life must Go On..
best gak lah masa ini..


Performance Dinner NiGht

this masa kitaowang wat performance masa dinner Glitter Night...
masa nei kita nyanyi lagu :
Biarku Menjadi Lilin
Bila Aku Sudah Tiada
Pagii yang Gelap..

memang macam artis lah juga..

JOHAN Kuiz Bina BangsA..

nei kita take picture masa kita owang Bradzs johan kuizs bina bangsa..
mantap lah kami..boleh johan tue..ndak percaya neii..
boleh lah plak kami johan..
Nizam,Ruff,ancOi dan SaRip..



ManuKan IslaNd

nei masa g pulau manukan...wat snok keling jak...
tapi best ar masa kat ctue..banyak ikan siot...
yang bestnya aku g ngan c Amrill...
cam Gay udah kami..dia ndak pandai berenang..
so dia berpaut nagn aku jak lah..wawkakwak

semua ini dalam kenangan....
Miss.....
Love.....
ResPect...
Peace....


Friday, March 20, 2009

JalaN2 CarI MaKaN..

Friday, March 20, 2009







War Memorial ParK..

masa kat cnei..best gak..bab panas2 tue kita owang main baring2 jak...
actually first tue kita owang nak kuar makan jak,..tapi abes jak pas makan tue..
kita owang nak balik lah..gara2 c DIN nak dengar lagu "penghujung Rindu" so kita owang planning round2 Labuan ckit..
then masa kat cnei nei..dowang sempat gak lah erkongsi pasal sejarah pendudukan jepun di tanah melayu..hebat gak dowang nei...siap boleh discuss lagie..


ChimNey..

masa kat cnei..kita owang seekejap jak..just negok2 pastue cau..
tapi best gak main kat TV depan tv..boleh Zoom satu labuan tue..so kita pun g Zoom bangunan UMSKAL yang tercinta nei,...nampak gak lah..tapi kepala dia jak..wakwakwka

LubuK Temiang...

masa kat cnei seram ckit..kita owang masuk jer redah hutan tue...kawasan nei macam tak kena jaga udah...seram tue masuk ke dalam..dah lah kawan2 sumanya cibai punya mulut..siap cakap lagi..

"Penampakan sosok tubuh arwah perempuan"
"Ada Owang Bunian Lah"

macam2 ar dowang cakap..apa lagi kita owang pun lari lah dalam hutan tue..
yang bestnya plak..kawan saya sowang nei..c DiN..dah lah kaki terseliuh..guna tongkat masuk hutan..last2 sekali lari..dia plak yang paling depan..Lucu ar..
kalo dlam ketakutan nei..suma nya jadi lancar jak erk..kaki sakit pun jadi tak sakit udah..
Din..Din...Din..

tapi kira best gak lah..jalan2 cari lagu..wakwkakwa

tapi yang kesiannya..lagu yang di cari tue tak ada juga..sampai lah kami balik ke kampus..
tapi seronok lah juga hari nei...


 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates