Riba secara bahasa bermakna: ziyadah (tambahan). Dalam pengertian lain, secara linguistik riba juga berarti tumbuh dan membesar . Sedangkan menurut istilah teknis, riba berarti pengambilan tambahan dari harta pokok atau modal secara bathil. Ada beberapa pendapat dalam menjelaskan riba, namun secara umum terdapat benang merah yang menegaskan bahwa riba adalah pengambilan tambahan, baik dalam transaksi jual-beli maupun pinjam-meminjam secara bathil atau bertentangan dengan prinsip muamalat dalam Islam.
Di antara pengertian atau definasinya menurut hukum syarak ialah :
1. Akad bagi membuat pertukaran barang yang tertentu tidak diketahui persamaannya mengikut kiraan syarak ketika akad atau diketahui persamaannya tetapi dengan menangguhkan kedua-dua tukaran itu atau salah satunya.
2. Pertambahan pada pertukaran emas dan perak juga pada jenis-jenis benda makanan.
Hukum Perbuatan Riba
Perbuatan riba hukumnya haram dan berdosa besar.
Di antara ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan haram dan kotornya perbuatan riba ini adalah seperti berikut :
Ertinya :
Dan Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman ! Takutlah kepadaAllah dan tinggalkan sisa-sisa riba itu, jika kamu orang berimanDaripada Ibni Masud.Ertinya : Bahawa Nabi s.a.w. melaknanti pemakan riba, pemberinya, saksinya dan juru tulisnya.Daripada Jabir r.a. Ertinya : Melaknati Rasulullah s.a.w. memakan riba, pemberinya, juru tulisnya, saksinya dan ia berkata : “Mereka itu sama sahaja.”Hikmat Pengharaman RibaIslam mengharamkan riba kerana akibatnya terlalu buruk terhadap anggota masyarakat. Riba merupakan penindasan dan pemerasan setengah orang-orang kaya terhadap orang-orang miskin. Setengah-setengah orang menganggap riba sama saja dengan jualbeli kerana kedua-duanya sama-sama mendatangkan keuntungan. Anggapan ini jauh terpesong dari hakikat yang sebenarnya. Anggapan ini jauh terpesong dari hakikat yang sebenarnya. Kedua-dauanya jauh berbeza. Jualbeli diharuskan kerana mendatangkan faedah yang besar kepada masyarakat.Walaupun ia mendatangkan keuntungan yang berlipat-ganda, namun ia juga terdedah kepada kerugian, kadang-kadang mendatangkan keuntungan dan kadang-kadang mendatangkan kerugian. Hal ini berlainan sekali dengan riba kerana ianya sekali-sekali tidak terdedah kepada kerugian, malah sentiasa mendatangkan keuntungan.
Dalam masyarakat kita bukan sedikit orang-orang yang berhutang kepada ceti-ceti, bergadai kepada pajak-pajak gadai secara riba telah kehilangan kebun getah, tanah padi dan sebagainya kerana tidak sanggup membayar hutang, membayar bunga, membayar faedah (interest) yang dikenakan berlipat-ganda ke atas mereka. Sebaliknya pihak pemakan riba bertambah kaya-raya dan senang-linang. Pendeknya perbuatan riba merupakan suatu penindasan dan cengkaman yang amat buruk terhadap anggota masyarakat. Di akhirat kelak mereka akan mendapat hukuman daripada Allah. Firman Tuhan :
Ertinya : Orang-orang yang memakan riba, tidak berdiri, melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan, yang demikian kerana mereka berkata : jualbeli itu seperti riba, dan Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.Dari huraian di atas, dapat ditarik beberapa kesimpulan seperti berikut :
1. Riba merupakan pemerasan dan penindasan yang terkutuk.
2. Riba menghilangkan rasa tolong menolong di antara satu sama lain.
3. Riba menambahkan kemelaratan dan kesusahan ke atas orang-orang susah dan miskin.
4. Riba menanamkan semangat tamak haluba kepada orang-orang yang berada dan kaum-kaum pemodal, sebaliknya menimbulkan semangat kebencian dan hasad dengki di dalam hati orang-orang miskin.
5. Orang-orang yang menjalankan perbuatan riba, di akhirat kelak akan menerima hukuman berat daripada Allah.Kerana keburukan-keburukan itulah, Islam mengharamkan perbuatan riba dan mengutuk keras ka atas orang-orang yang terlibat dalam urusan riba.
Benda-benda Riba
Benda-benda yang terdapat padanya riba adalah sebagaimana tersebut dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ubadah bin Al-Samit daripada Nabi s.a.w. berkata ia :
Ertinya : Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, syair dengan syair, tamar dengan tamar, garam dengan garam, sama-sama banyak dengan tunai, maka jika berlainan jenis-jenis ini, maka juallah kamu sebagaimana yang kamu kehendaki jika dengan tunai.Ilat Pengharaman Dari sabda Rasulullah s.a.w. yang tersebut pada
itu, secara garis kasarnya, benda-benda riba tercantum dalam dua perkara, iaitu :
1. Benda-benda makanan2. Emas dan perak
Jadi benda-benda riba itu bukanlah hanya terkhas kepada enam perkara benda-benda yang tersebut pada 5.3 itu sahaja. Benda-benda yang tersebut itu hanyalah sebagai dasar illat pengharaman sahaja. Syafii menetapkan illat pengharaman benda-benda makanan ialah ‘makanan’ ; illat pengharaman emas dan perak ialah kerana kedua-duanya itu merupakan “nilai bagi sesuatu”. Tetapi Hanafi menetapkan illat pengharamannya ialah “sukatan dan timbangan”.
Jenis-jenis Riba
Jenis-Jenis Riba
Secara garis besar riba dikelompokkan menjadi dua. Yaitu riba hutang-piutang dan riba jual-beli. Riba hutang-piutang terbagi lagi menjadi riba qardh dan riba jahiliyyah. Sedangkan riba jual-beli terbagi atas riba fadhl dan riba nasi’ah.
Riba Qardh
- Suatu manfaat atau tingkat kelebihan tertentu yang disyaratkan terhadap yang berhutang (muqtaridh).
Riba Jahiliyyah
- Hutang dibayar lebih dari pokoknya, karena si peminjam tidak mampu membayar hutangnya pada waktu yang ditetapkan.
Riba Fadhl
- Pertukaran antarbarang sejenis dengan kadar atau takaran yang berbeda, sedangkan barang yang dipertukarkan itu termasuk dalam jenis barang ribawi.
Riba Nasi’ah
- Penangguhan penyerahan atau penerimaan jenis barang ribawi yang dipertukarkan dengan jenis barang ribawi lainnya. Riba dalam nasi’ah muncul karena adanya perbedaan, perubahan, atau tambahan antara yang diserahkan saat ini dengan yang diserahkan kemudian.
Riba-Yad : - riba yang dibayar lebih kerana tidak berterimaan di dalam majlis akad.
Syarat-syarat Penjualan Barang-barang Riba
Tidak harus menjual barang-barang jenis riba sesama jenisnya dan yang bukan sesama jenisnya kecuali dengan syarat-syarat seperti berikut :
1. Sesama jenisnya :Jika dijual barang-barang makanan dengan makanan sesama jenisnya seperti gandum dengan gandum, beras dengan beras, dan juga jika dijual emas dengan emas, perak dengan perak, disyaratkan tiga perkara, iaitu :
(a) Hendaklah bersamaan kedua-duanya pada sukatan / timbangan
(b) Hendaklah dengan tunai
(c) Hendaklah berterimaan di dalam majlis akad.
2. Tidak sesama jenisnya :Jika dijual benda-benda tidak sesama jenisnya seperti gandum dengan beras, gandum dengan syair, emas dengan perak, disyaratkan dua perkara, iaitu :
(a) Hendaklah dengan tunai
(b) Hendaklah berterimaan di dalam majlis akadErtinya jika dijual barang-barang bukan sesama jenisnya, boleh berlebih kurang di antara satu sama lain.
Benda-benda Yang Berlainan Bangsa
Bagi benda-benda yang berlainan bangsa dan jenisnya seperti padi dengan wang, beras dengan kain atau sebagainya, tidak dikenakan apa-apa syarat padanya.