Wednesday, March 11, 2009

HUKUM MEROKOK..

Wednesday, March 11, 2009

Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) menganggarkan terdapat kira-kira 1.25 bilion perokok di seluruh dunia, mewakili kira-kira satu pertiga daripada bilangan penduduk dunia dalam lingkungan 15 tahun ke atas. Merokok telah lama di anggap menjadi punca kematianyang boleh dicegah. Doktor –doktor telah memberi amaran bahawa merokok meninkatkan risiko kanser paru-paru.penyakit jantung dan sakit dada. Kajian saintifik menunjukkan asap rokok mengandungi lebih daripada 4000 bahan beracun. Bukti-bukti yang mengaitkan tabaiat merokok dengan penyakit telah muncul hampir 30 tahun yang lalu. Atas alasan inilah para ulama islam zaman silam telah berselisih pendapat tentang hukum rokok.

Ada yang menyifatkannya sebagai haram,ada yang menganggapnya sebagai makruh dan golongan ketiga pula berpendapat ia haram hanya pada mereka yang tahu melalui pengalamanya atau telah diberitahu oleh doktor yang boleh dipercayai bahawa merokok mendatangkan kemudaratan kepada mereka. Namun begitu, merokok dianggap haram berdasarkan alasan-alasan berikut:

1. Merokok boleh membahayakan kesihatan dan Al-Quran melarang manusia membinasakan diri sendiri. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud

“ Dan janganlah kamu mencampakkan diri kejalan kebinasaan...” (surah Al-Baqarah,ayat 195)

“wahai orang-orang yang beriman, jangan kamu makan harta setengah kamu dengan jalan yang tidak betul(kebatilan), melainkan ada persetujuan di antara kamu, dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah maha penyayang.”

(surah An-Nisaa`, ayat 29)

2. merokok membazirkan wang. Islam melarang umatnya melakukan pembaziran sebagaimana firman Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud:

“dan berilah jiran-jiran kamu haknya dan orang miskin,dan orang yang berjuang di jalan Allah dan janganlah kamu melakukan pembaziran. Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan syaitan itu bagi tuhanmu golongan kafir”

(surah Al-Israa`, ayat 26 dan 27)


3. Merokok menyebabkan pencemaran alam sekitar dan merupakan tabiat yang buruk. Merokok bukan saja memudaratkan perokok malah bukan perokok juga terpaksa menghidu asap yang busuk itu. Al-Quran melarang apa yang buruk dan jahat. Firman Allah SWT:

“....dan Allah menghalalkan bagimu benda-benda yang baik dan menharamkan ke atsnya benda-benda yang jijik dan kotor”

(surah Al-A`raaf,ayat 157)

“katakanlah:tiada samaada yang buruk dengan yang baik meskipun engkau tertarik kepada banyaknya burukitu”

(surah Al Maaidah, ayat 100)

4. Merokok menjejaskan akal dan meletihkan jasmani. Mereka yang ketagih rokok akan menjalani masa dan ketagihan yang teruk sehingga menyukarkan mereka untuk berfikir,memberi tumpuan, menyelesaikan masalah atau melakukan tugas-tugas penting. Dalam hal ini, Rasulullah melarang daripada memakan dan meminum segala yang memabukkan atau membawa kemudaratan.

Apabila seorang itu merokok,ototnya akan menjadi lemah dan meracau hingga menganggu fikirannya . selain itu, siste, penghadamanya turut terjejas,menyebabkan sering berasa gugup dan gementar. Beliau akan mengalami perasaan mudah teruja, mudah meradang dan sukar melelapkan mata.jadi, mereka bukannya menjadi hamba Allah tetapi menjadi Hamba rokok. Allah SWT mahukan makhluk NYA kuat dan mampu mengawal keinginan hawa nafsunya. Firman Allah SWT:

“dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya(dari kebenaran).”

(surah An nisaa`, ayat 27)

“serta kami katakan: makanlah daripada benda-benda ytang baik yang kami kurniakan kepada ka,u,m dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu: dan barangsiapa yang ditimpa kemurkaanKu dan siapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka Sesungguhnya binasalah ia.”

(surah Thaahaa, ayat 81)

5. merokok membabitkan pengambilan bahan yang tidak baik(Khabeeth). Ia berbau busuk, berasa pahit dan memudaratkan kesihatan tubuh. Ini sudah mencukupi untuk melarang pengambilannya kerana Allah SWT telah berfirman:

“(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi(namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka,yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma`ruf dan melarang meraka daripada mengerjakan yang mungkar dan menhalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka....”

(Al A`raaf,ayat 157)

6. Perokok menyedut asap yang tidak memberikan sebarang khasiat kepadanya. Inilah samalah seperti perbuatan ahli neraka yang memakan pohon berduri seperti AllahSWT:

“ mereka tidak memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar”

(Al Ghaashiyah, ayat 6-7)


MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

Setelah sekian lama perbahasan mengenai isu rokok dimana bagi penetapan hukum sebenar maka akhirnya muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke 37 yang telah bersidang pada 23 mac 1995 secara sebulat suara membuat keputusan bahawa merokok adalah haram dari sudut pandangan islam kerana padanya terdapat kemudaratan. Pengharaman ini adalah ke atas orang islam sahaja.

Tetapi penguatkuasaan fatwa ini,sama seperti fatwa-fatwa lain , adalah di bawah bidang kuasa Jabatan agama Negeri-negeri. Malangnya tidak ada kesungguhan politik di jabatan-jabatan agama ini untuk menguatkuasakanfatwa ini.


0 comments:

 
Design by Pocket
This template is brought to you by : allblogtools.com Blogger Templates